Monday 6 May 2013

Nasi Briyani Ayam Recipe Special

NASI BRIYANI AYAM RECIPE SPECIAL



Pengenalan


Nasi Briyani Ayam recipe special atau biryani (beriani) adalah hidangan yang menpunyai kemiripan dengan nasi (biasanya dari beras basmati) yang dimasak bersama rempah-rempah, sayur-sayuran atau daging. Hidangan ini dikenali dengan tambahan kata nasi, iaitu nasi briyani, nasi biryani atau nasi beriani. Nama hidangan ini berasal dari Bahasa Parsi yang bererti goreng atau panggang. Pada zaman dahulu, beras digoreng di dalam minyak samin sebelum direbus di dalam air bersama rempah-rempah sehingga setengah matang.


Briyani dibuat dari beras yang sudah direbus di panci terpisah. Setelah beras setengah matang, beras akan dicampur dengan bahan-bahan lain, ditutup rapat di dalam panci, dan dimasak sehingga matang. Briyani adalah berbeza dengan pullao (pilaf) dalam cara memasak. Sewaktu membuat pullao, beras digoreng bersama rempah-rempah di dalam minyak samin dan terus dimasak sehingga matang. Pelancong dan pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak briyani kepada orang India dan Pakistan. Hidangan ini tidak hanya terkenal di India dan Pakistan, malahan juga di Iraq, Iran, Afganistan, Bangladesh, dan di kalangan penduduk muslim Sri Lanka.


Di Malaysia dan Singapura, hidangan ini dipanggil Nasi Beriani, Nasi Briyani, Nasi Briani atau Nasi Minyak. Biasa disajikan dengan hidangan rendang dan minuman Sirap Bandung terutama semasa majlis-majlis perkahwinan komuniti orang Melayu Islam. Nasi Beriani Gam, satu pandangan tersendiri bagi hidangan terkenal dan kegemaran dalam negeri Johor Malaysia selatan, terutama sekali dalam daerah Muar dan Batu Pahat. Nasi Briyani Gam Muar adalah cukup serasi dan digemari oleh masyarakat kini, terutama di selatan tanah air.


Manakala di Singapura, hidangan ini dipanggil Nasi Briyani oleh orang Melayu atau hanya Briyani oleh orang India . Nasi Briyani adalah satu hidangan amat terkenal di kalangan sebahagian besarnya komuniti India Selatan, minoriti India dan komuniti Melayu Islam etnik, menjadi satu pilihan untuk hidangan utama di upacara-upacara perkahwinan kedua-dua komuniti ini. Terdapat juga restoran-restoran khusus untuk menyediakan Nasi Briyani bagi jamuan, keduri atau majlis yang mustahak.


Resepi Nasi Briyani Ayam Recipe Special


Bahan-Bahan untuk Nasi Briyani Ayam Recipe

 500g beras basmati (direndam dalam air selama 40 minit)
400ml air rebusan ayam
200ml susu cair
1/2 ekor ayam (dibersihkan)
2 sudu besar rempah briyani
60g minyak sapi
60ml minyak
new vida 5 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
2 kulit kayu manis
2 labu bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang Merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
4cm halia (dititik)
2 batang serai (dititik)
4 daun pandan (diikat dan disimpul)
2 biji tomato (dicincang)
2 sudu kecil koma-koma (direndam)
2 sudu besar air panas
60 ml air mawar
1/2 cawan kismis campuran
1/2 cawan badam (dipanggang)
1 cawan bawang goreng
1/2 cawan dadih asli
1/2 biji Lemon (diambil kulit dan jusnya)
Sedikit daun ketumbar
Segengam kecil daun pudina
Sedikit daun pisang
Garam secukup rasa



Sos yang boleh Makan dengan Nasi Briyani Ayam Recipe
(Ikut kegemaran masing-masing)

Sos Tomato
Sos Cili
Sos Cili Pedas
Sos Cili Bawang Putih
Sos Cili Thai


 


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Briyani Ayam Recipe Special
 
1) Pertama sekali, kupaskan semua bawang dan halia.

2) Masukan dadih asli, rempah briyani, bawang goreng, bawang putih, halia, dan daun ketumbar, garam serta parutan lemon ke dalam pengisar makanan. Kisar sampai sebati.

3) Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam, kemudian ditoskan. Ketepikan dahulu.

4) Panaskan minyak sapi dalam kuali. Kemudian masukkan ayam ke dalam kuali dan gaul rata ayam dengan garam dan lada hitam. Terus mengacau untuk 10 minit lagi.

5) Taburkan dan sapukan rempah-rempah yang dikisar tadi dan daun sup/ bawang ke atas ayam.

6) Masakkan ayam di atas kuali sehingga kuning keemasan tetapi hanya 3 suku masak dan boleh la dimatikan api dapur. Alihkan ke dalam pinggan.

7) Panaskan semua minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan rempah-rempah sehingga wangi.

8) Selepas itu, masukkan semua bahan tumisan yang dikisar
. Goreng sehingga kuning keemasan, kemudian masukan kismis dan buah tomato.
9) Masukkan semua air dan susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih.

10) Masukan beras dan kacau rata, kemudian tuangkan air rebusan ayam dan susu.Tambahkan garam secukup rasa.

11) Masak dengan api sederhana sambil dikacau sehingga nasi menyerap hampir semua air dan mula kering.

12) Renjiskan nasi dengan air mawar dan air koma-koma.

13) Susunkan ayam di atas nasi, kemudian taburkan dengan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.

14) Tutupkan dengan daun pisang dan kemudian dengan tudung periuk.

15) Sementara itu, masakkan selama 25 minit lagi.

16) Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama ayam briyani dan sajian sampingan yang lain.


Tips: Jangan letakkan terlalu banyak minyak sapi untuk menjadikan nasi berkilat. Jikalau meletak terlalu banyak minyak sapi, beras akan menjadi tidak begitu lembut lagi. Minyak yang lebih juga akan menyebabkan kolesterol yang tinggi dan tidak sihat untuk dimakan.


Rempah ratus dan bahan perasa banyak digunakan dalam hidangan Nasi Briyani, tetapi tidak terhad sahaja untuk minyak sapi, buah pala, cokmar, jintan putih, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, daun-daun selasih, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih. Rempah-rempah yang digunakan semasa memasak Nasi Briyani Ayam recipe special adalah termasuk minyak samin, kacang-kacangan, jintan, cengkih, kapulaga, kayu manis, daun salam koja, ketumbar, daun pandan, halia, bawang bombai dan bawang putih.

Sebenarnya, nasi briyani yang asli adalah memasak dengan menggunakan safron. Nasi Briyani Ayam recipe special untuk golongan yang tidak suka makan sayur-sayuran dapat dihidangkan dengan menggunakan anak biri-biri, daging ayam, daging kambing, daging lembu, ikan atau udang. Hidangan sampingan adalah seperti kari, sayur terung atau telur rebus.